Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

ZIZAN RAZAK UBAH SELERA KEPADA GADIS JEPUN

on 5 September 2012


ZIZAN RAZAK UBAH SELERA KEPADA GADIS JEPUN - Pelawak dan pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak mengakui hatinya kini sudah berubah serta dimiliki oleh gadis kelahiran negara matahari terbit.

Semuanya disebabkan selepas beliau berpeluang menjejakkan kakinya ke Jepang itu untuk mengemudikan sebuah program travelog berjudul Jejak Jepun Bersama Zizan yang akan ditayangkan di Astro Prima mulai 12 September ini.

"Terus-terang saya sekarang sudah mula terpikat dengan gadis Jepun selepas berkunjung ke sana. Mereka sangat cantik dan comel. Paling yang saya tidak boleh lupa apabila berkunjung ke sebuah restoran di sana.

"Dalam restoran yang diberi nama Maid Café itu ada ramai perempuan yang sangat cantik dan comel, malah wajah mereka tak ubah seperti pelakon kartun animasi. Mereka bukan sahaja cantik, malah melayan saya sebagai tetamu dengan sangat baik.

"Saya sempat berbual dengan salah seorang daripada mereka dan kemesraan kami serta-merta terjalin sehingga gadis Jepun itu ada menjemput saya datang ke rumahnya. Bagi saya itu adalah pengalaman manis sewaktu berada di sana ,"ujar Zizan.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

taste antarabangsa sungguh jijan nie.....


6 September 2012 at 00:38
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved