Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

WAJARKAH VIDEO PARODI GANGNAM STYLE DIHENTIKAN???

on 19 September 2012


WAJARKAH VIDEO PARODI GANGNAM STYLE DIHENTIKAN??? - Nampaknya demam Gangnam Style semakin menggila dan sudah terlalu banyak video parodi Gangnam Style dimuat naik ke laman Youtube. Terkini, video 'Melaka Gangnam Style' telah dimuat naik dan setakat ini ia sudah mencecah hampir 200 000 penonton.

Agaknya sampai bila demam Gangnam Style ini akan berakhir ye? Jika kita lihat di laman Youtube, negara Malaysia sendiri banyak melahirkan video sebegini. Boleh dikatakan hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai stail Gangnam mereka sendiri seperti Georgetown Gangnam Style, Oppa KL Style, Penang Uncle Gangnam Style, Orang Sabah Style Oppa Gangnam dan Gangnam Super Nogori Style.

Terbaru stesen radio tempatan, Red FM turut memuat naik video mereka berkaitan isu Gangnam Style, tetapi kali ini bukan untuk menyokong demam Gangnam tersebut. Video yang diberi nama 'So Sick Of Gangnam' ini menceritakan tentang pendapat mereka mengenai tarian Gangnam dan meminta agar video sebegini tidak di kongsi lagi.

Ranking: 5

{ 7 ong gedek gedek... read them below or add one }

Nor Zilla Sensei said...

mmg patut sekat kot. semua da terikut2.


19 September 2012 at 15:25
Diari Si Froggie said...

Sekat! sekat! lagi pun xde bawak faedah pun kot :P


19 September 2012 at 15:32
IMA SALSUZAIMA said...

bosan nanti pandai la diorang berenti.


19 September 2012 at 16:26
Unknown said...

takde faedah pun.....
takat tengok dah ler... nak ikut buat apa... terkinja2..mcm dah takde adab pulak....


19 September 2012 at 17:05
Ezad Skytech said...

tak tahu la bila demam gangnam ni nak stop...adehh~


19 September 2012 at 21:21
emylase. said...

Tau takpe. kita kan ada adab kita sendiri.


19 September 2012 at 23:46
Ijah Wahab said...

memang tahape tol. cam badak dok menari pon ade. stop this silly thing la!


20 September 2012 at 02:35
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved