Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

ISI KANDUNGAN BELANJAWAN 2013 28 SEPTEMBER 2012

on 28 September 2012


ISI KANDUNGAN BUDGET 2013 - Di bawah ini saya kongsikan ringkasan BELANJAWAN 2012 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi.  

Fokus 1 : Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA | BAJET 2013
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
   - Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
   - Pengindahan Sungai Klang (River of Life) ;
   - Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan  

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK | BAJET 2013
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan.

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BAJET 2013
4. Pembangunan PKS -Skim Pembangunan PKS
    - RM1 Bilion (SME Bank)
    - Pelan Induk PKS (2012-­‐2020)
    - RM 30 juta bagi tahun 2013
    - Dana Industri Halal –> RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
    - Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
    - Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN | BAJET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
    - Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
    - Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan.

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS | BAJET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
    - Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun -Pengecualian cukai peganga
    - Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
    - Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
    - Terminal minyak dan gas –> Johor dan Sipitang, Sabah
    - Loji Regasifikasi di Melaka
9. Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa:
    - Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
    - Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN | BAJET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
     - Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini –> RM 30 juta
     - Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan –> RM75 juta
     - Program penanaman semula pokok kelapa sawit –> RM432 juta
     - Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi –> RM127 juta
     - Memperkasa Projek Azam Tani –> RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
     - Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
     - Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik dan penyertaan 12,237 pesawah.

INSENTIF UNTUK NELAYAN | BAJET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan –> manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan –> perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN | BAJET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian –> RM2.4 bilion
      - Pemberian Subsidi Harga Padi -> RM 480 juta
      - Pemberian Subsidi Baja Padi -> RM465 juta
      - Insentif Peningkatan Hasil Padi -> RM80 juta
      - Insentif Pengeluaran Padi -> RM563 juta ringgit
      - Subsidi Harga Beras -> RM528 juta
      - Subsidi Benih Padi Sah ‐> RM85 juta
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
      - Jumlah pampasan sehingga RM13,000
      - Manfaat kepada 172 ribu pesawah.

MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN | BAJET 2013
17. Pasaran Modal
      - Menerajui terbitan sukuk –> RM171 bilion @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
      -Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. –> PLUS Berhad
      - Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
      - Program Graduate Representative –> melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
      -Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
      - Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit –> Suruhanjaya Sekuriti
      - Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
      - Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
      - Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
      - Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk.

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN | BAJET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
      - Layanan cukai sama seperti syarikat
      - Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin ­‐ RM400 juta ; 2 tahun
      - Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal ‐> RM 100 juta
      - Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
      - TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
     - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
    - Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
    - Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
      - Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat –> JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri.

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA | BAJET 2013
25. Projek MRT ­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank ‐> RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
     - Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
     - Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
     - Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
     - Peruntukan 2013: RM350 juta, termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan 

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN | BAJET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 ‐ 2025
     - Peruntukan sektor pendidikan ­‐> RM38.7 bilion @ 15% dari keseluruhan peruntukan
     - Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
     - Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
     -Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan sekolah (RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
    - Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN –> RM1.2 bilion
    - Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
    - Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
    - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU.

LATIHAN & KEMAHIRAN | BAJET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional –> RM3.7 bilion
      - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran –> RM440 juta
      - Peralatan ILP & IKBN –> RM366 juta
      - Program latihan berstrategik tinggi –> melatih 5,000 orang
      - Program RAPID di Pengerang –> melatih 300 belia dalam bidang minyak dan gas
      - Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN ‐> melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) –> memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia –> potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BAJET 2013
37. Pembangunan PKS
     - Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
     - Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek ­‐> RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
    - Program latihan penilai harta intelek –> RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan –> RM600 juta
      - Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
      - Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
      - Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
      - Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
      - Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi -Program Inovasi Inklusif –> kerjasama agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU | BAJET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
     - Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
     - Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015

Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL | BAJET 2013 
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang –> 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
     ->Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money.

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM | BAJET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
      - Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
      - Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
     - Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­-kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
     - Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
     - Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
    - Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
      - Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
      - Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
     - Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
     - Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
      - Bantuan tunai one-off, RM1,000 –> manfaat 224 ribu bekas tentera.

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM | BAJET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
     - Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
     - Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
     - Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)

PELATIH PRA PERKHIDMATAN | BAJET 2013
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
     - Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
     - Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih.

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2 | BAJET 2013
 54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

MENGURANGKAN KADAR JENAYAH | BAJET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
     - Tambahan perjawatan baru polis
     - Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal –> rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
     - Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
     - Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
     - Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan –> geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
     - Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) –> 6,500 KRT menjelang 2013
     - Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
    - Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan.
Ranking: 5

{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved