Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT

on 26 September 2012

 

BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT - Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum. Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet 2013, Anwar Ibrahim berkata tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Bajet ini akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus.

Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.

Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," kata Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

THE AUTHOR said...

Malas nak layan..hehehhe
Kalau defisit sampai beza berbillion mana nak cari..kekekeke


26 September 2012 at 23:18
Unknown said...

jgn ckp tak serupa yg dicanang sudah lah....


26 September 2012 at 23:56
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved